SHAH ALAM: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) semalam menolak surat aku janji anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), berhubung terma dan syarat pembayaran pemberian air percuma kepada pengguna di negeri ini.
Sehubungan itu, Syabas akan terus mengeluarkan bil seperti biasa tanpa pemotongan atau subsidi sehingga berpuas hati dengan aku janji yang dikeluarkan Kerajaan Selangor berhubung pembayaran bagi 20 meter padu air percuma itu.
Ketua Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan, berkata pihaknya tidak bersetuju dengan cadangan KDEB agar pembayaran bil air percuma itu dibuat selepas penstrukturan semula sistem bekalan air di Selangor siap sepenuhnya pada September ini.
Dalam satu kenyataan di sini semalam, beliau berkata, cadangan KDEB itu secara langsung boleh menjejaskan aliran tunai dan operasi Syabas.
Surat aku janji bersyarat KDEB itu, yang ditandatangani pada 6 Jun lalu, diterima Syabas dengan serahan tangan pagi semalam.
"Selepas menelitinya, kita tidak bersetuju dengan cadangan KDEB itu kerana Syabas berpendapat pemberian air percuma yang dicadangkan kerajaan negeri tiada kaitan dengan program penstrukturan yang dicadangkan di Selangor," katanya.
Ruslan berkata, Syabas sebaliknya mengemukakan cadangan balas untuk mengebil KDEB pada setiap akhir bulan dan pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari daripada penyerahan tuntutan itu.
Katanya, kegagalan KDEB memenuhi syarat pembayaran seperti yang dicadangkan itu akan memaksa Syabas menghentikan program pemberian air percuma itu.
Beliau berkata, surat penolakan Syabas itu sudah dihantar kepada KDEB untuk makluman dan tindakan lanjut.
Jumaat lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan pemberian air percuma bagi setiap 20 meter padu pertama bagi pengguna meter individu tetap dilaksanakan bermula bulan ini seperti dijanjikan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.
Beliau berkata, KDEB sudah menyerahkan dokumen dan surat mengenai arahan pemberian diskaun itu kepada Syabas.
IPTV (Internet Protocol Television) delivers television programming to households via a broadband connection using Internet protocols. It requires a subscription and IPTV set-top box, and offers key advantages over existing TV cable and satellite technologies. IPTV is typically bundled with other services like Video on Demand (VOD), voice over IP (VOIP) or digital phone, and Web access, collectively referred to as Triple Play.
Because IPTV arrives over telephone lines, telephone companies are in a prime position to offer IPTV services initially, but it is expected that other carriers will offer the technology in the future. IPTV promises more efficient streaming than present technologies, and therefore theoretically reduced prices to operators and subscribers alike. However, it also adds many advantages that may play into market pricing.
One of the advantages of IPTV is the ability for digital video recorders (DVRs) to record multiple broadcasts at once. According to Alcatel, one leading provider, it will also be easier to find favorite programs by using "custom view guides." IPTV even allows for picture-in-picture viewing without the need for multiple tuners. You can watch one show, while using picture-in-picture to channel surf!
IPTV viewers will have full control over functionality such as rewind, fast-forward, pause, and so on. Using a cell phone or PDA, a subscriber might even utilize remote programming for IPTV. For example, if a dinner function runs longer than expected, you don't have to miss your favorite program. Just call home and remotely set the IPTV box to record it.
However, the real advantage of IPTV is that it uses Internet protocols to provide two-way communication for interactive television. One application might be in game shows in which the studio audience is asked to participate by helping a contestant choose between answers. IPTV opens the door to real-time participation from people watching at home. Another application would be the ability to turn on multiple angles of an event, such as a touchdown, and watch it from dual angles simultaneously using picture-in-picture viewing.
One can also receive Web service notifications while watching IPTV for things such as incoming email and instant messages. If you IPTV is packaged with digital phone, Caller ID might pop up on screen as your telephone rings.
IPTV is already growing in the international market, with providers in many countries including Japan, Hong Kong, Italy, France, Spain, Ireland, and the United Kingdom. In the United States SBC, reportedly purchased a software delivery system for IPTV services from Microsoft in 2004 for $400 million dollars. Alcatel is working with Microsoft to develop a "global solution" for IPTV services, and Verizon has also made a deal with Microsoft for IPTV software.
Mimos bantu rapat jurang teknologi di kalangan warga emas, orang kampung
JURANG digital yang wujud di negara ini dilihat bukan saja memberi kesan terhadap pengguna yang tinggal di kawasan pedalaman, tetapi turut meminggirkan segmen pengguna warga emas.
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu UNDP 2005/2006, masih terdapat jurang terhadap penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia, khususnya untuk segmen pengguna tertentu.
Golongan yang dimaksudkan itu adalah seperti penduduk yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap penyampaian pendidikan yang rendah, remaja, di kalangan penduduk yang mempunyai pekerjaan bukan profesional, berpendapatan rendah, kawasan pedalaman dan warga emas.
Menyedari hakikat itu, Mimos Bhd, Organisasi penyelidikan aplikasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) tempatan dilihat menunjukkan keprihatinan mereka menerusi penghasilan rangkaian produk 'kelengkapan Celik Teknologi Maklumat (IT)' untuk segmen pengguna yang tinggal di kawasan luar bandar terutama warga emas.
Idea penghasilan kelengkapan produk untuk pengguna warga emas mula diketengahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC) Ogos lalu, yang mahu melihat jurang digital yang wujud ketika ini dapat dikurangkan dan seterusnya ditangani.
Mimos berjaya merealisasikan saranan Perdana Menteri menerusi pembangunan Kelengkapan Celik IT pada kadar jualan yang rendah
Pembangunan kelengkapan itu dibahagikan kepada tiga segmen pengguna iaitu untuk peringkat bawah dikenali CyberWind, khususnya bagi segmen pengguna makcik atau golongan warga emas, Mimos Kapsul Siber bagi peringkat pertengahan yang dikhususkan untuk sekolah dan komputer peribadi (pc) kapsul Mimos Perdana Siber (CyberPrime) untuk pengguna komersial.
iGajet minggu ini akan mengetengahkan produk Mimos untuk peringkat bawah yang dikenali menerusi nama kod 'MakCik PC' atau CyberWind.
Apabila terdengar nama 'MakCik PC', pastinya pembaca memahami ia adalah produk yang dihasilkan untuk golongan yang dimaksudkan itu atau warga emas yang kini sering berdepan isu takut dengan teknologi.
Peranti yang dibangunkan sejak dua bulan lalu dan dihasilkan pada asas prototaip itu dilihat mampu menangani isu takut terhadap teknologi bagi golongan sasaran apabila ia dihasilkan pada platform yang mudah digunakan dilengkapi ciri terminal yang hanya memerlukan mereka mengendalikannya menerusi penggunaan jari berbanding kawalan papan kekunci.
Ia adalah perantara internet yang disambungkan kepada sistem televisyen pada asas mesra pengguna yang unik dan pertama seumpamanya pernah dihasilkan di negara ini.
Daripada segi kandungan yang diketengahkan menerusi peranti termaju itu, ia dibahagikan kepada empat kategori iaitu komunikasi, maklumat, komuniti dan pembelajaran.
Malah, kandungan yang dilengkapi di dalam MakCik PC itu adalah berdasarkan kajian yang dilakukan sendiri oleh Mimos sebagai usaha memastikan keberkesanan penghasilan produk terbabit untuk pengguna warga emas di kawasan pedalaman.
Bagi kategori komunikasi, ia dilengkapi pelayar pc atau televisyen yang membolehkan aktiviti penghantaran emel, web pengetahuan dan pesanan dilakukan dengan mudah menerusi kawalan jari.
Aspek penyampaian komunikasinya juga adalah ringkas apabila ia turut dilengkapi telefon binaan dalaman yang disambungkan pada panel utama MakCik PC bagi membolehkan aktiviti penghantaran suara menerusi Protokol Internet (VoIP) dan persidangan video dilakukan tanpa batasan.
Pastinya penyampaian maklumat adalah antara ciri penting yang diberi penekanan Mimos bagi memastikan penyiaran televisyen diperoleh secara percuma, termasuk penyiaran istimewa seperti maklumat yang disalurkan kerajaan.
Kategori komuniti pula adalah segmen penyampaian yang dilengkapi pelbagai maklumat am, cuaca, pengiklan dan portal K-Masjid (K-Mosque).
Menerusi K-Masjid, pengguna berpeluang untuk mendapatkan maklumat seperti waktu sembahyang untuk lokasi utama di negara ini dan khutbah Jumaat secara langsung atau yang disimpan mengikut tarikh ditetapkan di dalam portal itu.
Daripada sudut pembelajaran pula, kategori itu dilengkapi senarai aplikasi MyGFL, AgriBazar, siri animasi, maklumat akademik dan permainan elektronik yang berasaskan hiburan maklumat (InfoTainment).
Portal agribazaar yang bukan berperanan sebagai 'orang tengah' itu dihasilkan menerusi kerjasama Mimos dan Jabatan Pertanian dalam usaha membolehkan pengguna mendapat akses maklumat seperti pengumuman, senarai produk yang ditawarkan, direktori perniagaan, ramalan cuaca, analisis pasaran dan maklumat berkaitan penggunaan IT dalam pertanian.
K-School (K-Sekolah) pula adalah aplikasi yang dilengkapi ciri membolehkan ibu bapa untuk mendapatkan maklumat prestasi pelajar dengan tepat menerusi televisyen apabila ia dihubungkan ke sistem sambungan sekolah secara terus.
Reka bentuknya yang nipis disamping dilengkapi ciri teknologi WiFi dan tidak lama lagi WiMAX itu membolehkan ia digunakan dengan lebih berkesan walaupun untuk sambungan di kawasan pedalaman.
Ia dibina pada kapasiti memori 'Flash' berbanding cakera keras besar bagi memastikannya lebih nipis dan ringan untuk ditempatkan di ruang tamu di rumah kampung.
INFO
Dipasarkan
Mimos Smart Computing Sdn Bhd (anak syarikat Mimos)
Jadual pengenalan MakCIk PC untuk pasaran
Suku kedua 2008
Strategi pengenalan produk
Bakal ditempatkan di Matrade awal Disember 2007
Fungsi
lapan
Harga
Kira-kira serendah AS$100 (RM336)
Kak Mus terima permintaan 5,000 biji sehari selepas sertai Pusat Internet Desa
NAMA Musringah Ismon, 50, pernah disebut di Parlimen beberapa bulan lalu kerana kisah kejayaannya meningkatkan pendapatan berlipat kali ganda melalui jualan kuih pau kira-kira 5,000 biji sehari selepas menyertai program Pusat Internet Desa (PID) Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor.
Kisah kejayaan beliau diceritakan sendiri Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shaziman Abu Mansor. Daripada menjual secara kecil-kecilan dan hanya menghantar pau ke gerai kopi berhampiran rumahnya menggunakan basikal, Musringah kini memiliki van sendiri.
Pesanan yang diterima juga semakin bertambah bukan saja daripada individu atau syarikat di sekitar kawasan Sabak Bernam dan Selangor, malah bungkusan pau yang menggunakan label Mus Pau juga dipasarkan ke kedai ternama dan turut dibawa ke luar negara.
Musringah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Mus berkata, permintaan diterima daripada isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk dihantar ke London dan United Kingdom.
Walaupun pesanan yang diterima tidak banyak, namun pau dikirim setiap bulan sudah cukup membanggakan wanita cekal itu dan menjadi pendorong untuk beliau terus berusaha.
Jual 5,000 pau sehari melalui Internet
KUALA LUMPUR 13 Nov. – Langkah kerajaan mewujudkan Pusat Internet Desa (PID) telah membolehkan peniaga kuih pau meningkatkan pendapatan berlipat kali ganda dengan jualan kira-kira 5,000 biji sehari.
Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, jualan sebanyak itu telah dibuat oleh seorang peniaga di Simpang Empat, Perlis setelah menggunakan kemudahan di PID untuk mengiklankan kuihnya dalam Internet.
“Peniaga perempuan ini yang pada asalnya menggunakan basikal kini telah memiliki van untuk membekalkan kuih bukan sahaja ke rumah malah ke kedai-kedai ternama,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ir. Hasni Mohammad (BN-Pontian) mengenai apakah program yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi membolehkan orang dewasa celik teknologi maklumat (IT).
Dalam pada itu, Shaziman berkata, sebanyak 42 PID telah diwujudkan oleh kerajaan di seluruh negara sejak 2003 yang sehingga kini dikunjungi 56,000 orang.
“Daripada jumlah ini, ramai juga yang terdiri daripada kalangan petani dan peladang yang berminat belajar cara-cara menggunakan komputer dan Internet,” ujarnya.
Oleh Abdul Halim Yusoff
AKSES dan peluang adalah teras utama dalam aspirasi pembangunan modal insan negara, dengan kemampuan individu atau kumpulan disemarakkan menerusi sokongan dan dorongan daripada mereka yang lebih berkeupayaan.
Modal insan bukan setakat dalam bidang pendidikan, malah ia juga diaplikasikan dalam bidang perniagaan seperti dilakukan Time Engineering Bhd (Time) menerusi beberapa program yang dirangka.
Hingga kini, Time sudah membangunkan lebih 250 syarikat Bumiputera menerusi projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bermula sejak 2003. Syarikat berkenaan dibimbing menjadi kontraktor dan vendor teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dengan memberi pendedahan cara kerja berdasarkan prinsip amalan terbaik serta peranan sebagai rakan kongsi.
Menerusi projek PPSMI yang kini pada fasa kelima, Time menekankan kepada peningkatan pencapaian kontraktor Bumiputera yang dilantik di samping membangunkan modal insan melalui program pembangunan keusahawanan dan latihan teknikal.
Ia bertujuan meningkatkan skil juruteknik dan jurulatih yang menjadi tulang belakang kepada kemajuan prestasi syarikat ICT Bumiputera yang dilantik di bawah program PPSMI.
Pengarah Urusan Time, Amiruddin Abdul Aziz, berkata antara cabaran awal syarikat ketika mula melaksanakan projek PPSMI ialah mengenal pasti bidang yang boleh disertai syarikat Bumiputera dan memaksimumkan penyertaan mereka.
Antara matlamat awalnya ialah membabitkan syarikat atau usahawan Bumiputera dalam PPSMI, sekali gus melebarkan peluang mencipta kejayaan dan ia tidak boleh tertumpu pada satu kumpulan atau kawasan tetapi secara menyeluruh ke seluruh negara.
Selain itu, PPSMI berperanan mendedahkan syarikat Bumiputera ke bidang yang boleh berlaku perpindahan pengetahuan dan teknologi, bertujuan mempersiapkan mereka bagi kegiatan ekonomi yang lebih tinggi pada masa depan. Menerusi pelaksanaan projek PPSMI di fasa dua hingga lima, Time berjaya mencapai semua matlamat itu.
Pembabitan syarikat Bumiputera tempatan di dalam projek PPSMI juga sudah menarik lebih 1,000 pekerja bertauliah atau dilatih dalam pelbagai bidang tertentu seperti kerja pemasangan, pengujian, pentauliahan, pendawaian, logistik dan penyimpanan stok, khidmat sokongan kepada pengguna dan latihan.
Projek PPSMI yang dilancarkan pada 2002, memberi penekanan kepada penggunaan ICT sebagai medium pengajaran, sekali gus mengkehendaki kerajaan membekalkan setiap guru Sains dan Matematik dengan komputer riba serta peralatan multimedia di sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran.
Pembekalan perkakasan ke sekolah bagi PPSMI itu kini sudah memasuki fasa kelima, dan Time sudah membekalkan hampir 127,000 komputer riba; 72,000 projektor multimedia LCD; 105,000 skrin; 41,000 troli dan 21,000 pencetak. Pembekalan peralatan komputer ini adalah sebagai melengkapi aspek pembestarian sekolah meliputi perkakasan komputer, makmal komputer, SchoolNet, televisyen pendidikan dan inisiatif PPSMI.
Murid tahun satu sehingga lima telah mengikuti kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris dan mulai tahun depan, kertas Matematik dan Sains Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah dalam bahasa Inggeris.
Amiruddin berkata, Time menerusi anak syarikatnya, Time System Integrators Sdn Bhd (TSI), sudah melaksanakan projek PPSMI untuk fasa dua hingga lima bernilai lebih RM1.5 bilion daripada Kementerian Pelajaran sejak Oktober 2003 hingga kini.
Berdasarkan pengalaman dan hubungan sektor awam-swasta yang baik berupaya membantu kedua-dua pihak dalam mencapai matlamat sama, iaitu untuk menjayakan program kebangsaan ini bagi kemajuan generasi akan datang.
Selain membangunkan usahawan Bumiputera, Time turut menyediakan program latihan kepada guru di bidang kemahiran penggunaan ICT dalam bilik darjah yang kini sudah membabitkan hampir 120,000 guru di seluruh negara.
Program pembangunan usahawan yang dijalankan Time membabitkan siri seminar mengenai penambahbaikan proses perniagaan, pengurusan sumber modal, ceramah motivasi dan membangunkan idea perniagaan.
Dari aspek melahirkan tenaga berpengetahuan, Amiruddin berkata, dalam fasa PPSMI sebelum ini, TIME berjaya membentuk lebih 250 juruteknik bertauliah bagi melakukan kerja pembaikan dan servis menerusi pelbagai platform dan teknologi.
"Juruteknik itu adalah daripada 42 syarikat milik Bumiputera yang sudah menjalani latihan teknikal serta ditauliah melakukan servis untuk komputer bimbit, projektor dan pencetak," katanya sambil menambah juruteknik berkenaan juga akan dilatih ke tahap lebih tinggi dalam mengendalikan servis dan lain-lain penyelesaian ICT seperti pelayan, rangkaian, jalur lebar dan satelit.
Selain daripada pakej kerja perkhidmatan sokongan untuk peralatan PPSMI, peluang juga akan dibuka kepada syarikat Bumiputera berpotensi untuk meneroka bidang teknologi terkini bersama kumpulan Time.
Pada pihak Time, pulangan atas pelaburan dalam program seumpamanya diperoleh bukan saja daripada kaedah altruistik, malah juga dari segi perolehan syarikat.
"Kami sebenarnya berupaya menikmati penjimatan kos kira-kira 20 peratus dalam tempoh tiga tahun dengan melakukan penyumberan luar di bawah projek PPSMI kepada kumpulan pembekal dan vendor Bumiputera kami berbanding jika kami melakukan sendiri keseluruhan projek itu," katanya.
Sejak 2001, Time sudah menyaksikan pertumbuhan dalam perniagaan ICT. Ia seiring dengan langkah syarikat milik kerajaan (GLC) terbabit pada masa itu untuk mempelbagaikan punca pendapatan daripada sumber perniagaan sedia ada kepada ICT.
Punca pendapatan Time sekian lama ialah daripada perniagaan pengeluar tenaga bebas (IPP) tetapi hari ini, semua perolehannya dijana daripada ICT. Perniagaan ICT menyumbang lebih RM850 juta dari segi perolehan kepada TIME, kebanyakannya melalui sektor pendidikan.
Amiruddin berkata, Time ingin terus menjadi 'rakan pembina negara' dan memainkan peranannya sebagai GLC yang berwawasan untuk sama-sama membangunkan negara melalui inisiatif ICT.

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor (kiri) dan Yuri Malenchenko dari Rusia dalam perjalanan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan roket Soyuz TMA-11 yang berlepas pada 7.21 malam tadi waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia).
Daripada METRA SYAHRIL MOHAMED
BAIKONUR, Kazakhstan 10 Okt. – Dengan iringan doa, perasaan bangga serta kesedaran bahawa tiada lagi perkara mustahil yang tidak dapat dilakukan oleh rakyat Malaysia, angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor meluncur ke angkasa dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 tepat pukul 7.21 malam waktu tempatan di sini malam ini.
Pelancaran roket Soyuz sepanjang 50 meter itu dilakukan dalam keadaan cuaca sejuk dan langit cerah tanpa awan.
Di Malaysia yang pada waktu itu pukul 9.21 malam, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama lebih 10 juta rakyat Malaysia terpaku di depan skrin televisyen menyaksikan detik-detik bersejarah itu.
Ketika imej Sheikh Muszaphar yang berada dalam Soyuz yang dipacu roket selaju 26,000 kilometer sejam terpapar di skrin televisyen, rakyat Malaysia bersorak kegembiraan kerana perjalanan angkasawan itu dianggap sebagai simbol kehebatan baru bangsa.
Kapal angkasa Rusia, Soyuz TMA-11 yang membawa Sheikh Muszaphar, 35, bersama dua krew lain dilancarkan dengan jaya dari tapak pelancar di Baikonur Cosmodrome dekat sini.
Roket itu menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang terletak 333 kilometer dari muka Bumi. Soyuz mengambil masa selama dua hari perjalanan mengelilingi orbit sebelum dijangka tiba di limbungan ISS.
Soyuz dijadualkan mendarat di ISS pada pukul 8 malam 12 Oktober ini di mana Sheikh Muszaphar akan berada di sana selama sembilan hari sebelum kembali ke Bumi.
Dua krew lain dalam Soyuz yang dilancarkan malam ini ialah Yuri Malenchenko, 45, dari Rusia yang merupakan veteran ISS dan Peggy Whitson, 47, dari Amerika Syarikat, iaitu wanita pertama yang bakal mengetuai operasi di ISS apabila mereka tiba di sana nanti.
Whitson pernah tinggal di ISS selama enam bulan.
Di ISS, Sheikh Muszaphar, seorang doktor bedah ortopedik yang berasal dari Negeri Sembilan, akan menjalankan tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein.
Beliau akan kembali ke Bumi pada 21 Oktober dengan dua angkasawan Rusia yang telah berada di stesen itu sejak enam bulan lalu iaitu komander Fyodor Yurchikin dan jurutera penerbangan Oleg Kotov.
Yurchikhin dan Kotov tiba di ISS pada 9 April lalu dengan Soyuz TMA-10 manakala seorang lagi angkawasan yang berada di situ, Clayton Anderson pula mendarat dengan kapal angkasa Atlantis milik Amerika Syarikat (AS) pada 10 Jun lalu.
Sheikh Muszaphar dijadualkan meninggalkan ISS bersama Yurchikhin dan Kotov pada 21 Oktober dengan kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang ketika ini berlabuh di ISS.
Whitson dan Malenchenko akan terus berada di ISS sebagai krew baru stesen angkasa itu bersama Anderson yang berada di situ sejak Jun lalu.
Program angkasawan Malaysia yang menyaksikan Sheikh Muszaphar dapat menerokai angkasa merupakan persetujuan timbal balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM bernilai RM3.4 bilion dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003.
Beliau dan Kapten Dr. Faiz Khaleed merupakan dua calon terakhir daripada 11,275 rakyat Malaysia yang memohon menjadi angkasawan pertama negara ketika tawaran dibuka pada 2003.
Malam ini semua stesen televisyen di Malaysia menayangkan pelancaran itu termasuk Astro, pengendali stesen televisyen satelit berbayar Malaysia, stesen Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), TV3, CH9 dan TV8.
Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis telah berada di Baikonur di sini sejak kelmarin bagi menyaksikan pelancaran roket Soyuz.
Baikonur Cosmodrome merupakan tapak pelancaran yang digunakan oleh Rusia untuk menghantar Yuri Gagarin ke angkasa lepas pada 1961.
Di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyaksikan siaran langsung pelancaran Soyuz TMA-11 dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Bercakap kepada pemberita, Abdullah berkata: “Dengan menerokai angkasa lepas, kita membuat pelaburan bagi anak-anak kita, masa depan kita, membina jambatan yang merapatkan bidang-bidang ini ke dalam imaginasi anak muda.
“Perjalanan hebat ini, yang kita semua secara tidak langsung bersama melakukannya dengan angkasawan kita, akan membolehkan anak-anak kita untuk memikirkan bahawa impian boleh menjadi realiti.”
– Utusan
Rakyat Malaysia kini boleh mengambil peluang untuk melihat apa angkasawan - Dr. Faiz Khaleed atau Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan lihat di angkasa lepas menjelang 10 Oktober 2007, melalui Google Sky hanya dengan jarak satu klik pada tetikus.
Google mengumumkan pelancaran Sky baru-baru ini sebagai satu ciri baru yang membolehkan pengguna Google Earth melihat langit seperti yang dilihat dari planet Bumi.
Google Sky merupakan alatan paling sesuai bagi kesemua rakyat Malaysia untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang penjelajahan angkasa lepas bagi buruj, astronomi, planet dan banyak lagi bahagian galaksi sejajar dengan Program Angkasawan Negara yang merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia.
Dengan Sky, pengguna boleh ‘terapung’ di langit melalui Google Earth. Alatan mudah guna ini membolehkan semua pengguna Earth melayari dan mengemudi melalui 100 juta bintang individu dan 200 juta galaksi.
Imejan dengan resolusi tinggi dan lapisan bermaklumat membentuk kawasan lapang yang unik bagi pembayangan dan pembelajaran berkenaan angkasa lepas.
Untuk akses ke Sky, pengguna hanya perlu klik Switch to Sky daripada view menu drop down dalam Google Earth, atau klik butang Sky pada toolbar Google Earth.
Antara muka dan pengemudian adalah sama dengan pengemudi standard Google Earth termasuk heretan, zum dan carian, My Places dan pemilihan lapisan.
Sebagai sebahagian daripada ciri baru, Google memperkenalkan tujuh lapisan bermaklumat yang menggambarkan pelbagai jasad cakerawala dan peristiwa:
* Buruj - Dari Cassiopeia ke Andromeda, lapisan Buruj menyambungkan titik-titik buruj melalui angkasa lepas, menandakan setiap satunya dengan nama. Pengguna boleh belajar mengenai bintang yang membentuk buruj kesukaan mereka.
* Astronomi Backyard - Lapisan Astronomi Backyard’ membenarkan pengguna klik menerusi pelbagai penanda dan maklumat berkenaan bintang, galaksi dan nebula yang boleh dilihat oleh mata kasar, teropong dan teleskop kecil. Lapisan ini berguna untuk ahli astronomi amatur yang mungkin mendapat faedah daripada cara komprehensif dan tersusun untuk rujukan serpihan langit malam.
* Imejan Teleskop Angkasa Hubble (HST) - Lapisan HST menyediakan pengguna dengan lebih 120 imej resolusi tinggi yang dibekalkan oleh HST, teleskop orbit Agensi Pentadbiran Aeronatik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) /Agensi Angkasa Lepas (ESA) yang terkenal.
* Bulan - Lapisan bulan memaparkan animasi bagi dua bulan untuk kedua-dua kedudukan qamari dan fasa bulan.
* Planet - Lapisan Planet memaparkan tujuh planet rasmi lain dan kedudukan mereka di langit bagi dua bulan ke hadapan.
* Panduan Pengguna ke Galaksi - Lapisan Panduan Pengguna ke Galaksi membolehkan pengguna membuat lawatan maya melalui pelbagai jenis galaksi berlainan, dari Ursa Minor Dwarf ke Milky Way.
* Kehidupan satu Bintang - Lapisan Kehidupan satu Bintang membawa pengguna ke satu lawatan melalui pelbagai peringkat berbeza bagi pusingan kehidupan satu bintang.
Sky direka oleh pasukan kejuruteraan Google Pittsburgh dengan mengaitkan bersama imejan daripada pelbagai pihak ketiga saintifik termasuk Space Telescope Science Institute (STScI), Sloan Digital Sky Survey (SDSS), Digital Sky Survey Consortium (DSSC), CalTech's Palomar Observatory, United Kingdom Astronomy Technology Centre (UK ATC), dan Anglo-Australian Observatory (AAO).
Inisiatif ini dilahirkan oleh penyertaan University of Washingtan bersama Program Google Visiting Faculty, yang membolehkan peneraju penyelidik akademik melawat Google dengan hasil kerja mereka untuk tempoh antara enam hingga 12 bulan.
Pengurus produk Google, Lon Rion berkata, pihaknya teruja dapat menyediakan pengguna dengan imejan astronomi dan kandungan yang dipertingkatkan yang membolehkan mereka mempelajari apa yang mereka lihat dan menceritakan sendiri pengalaman mereka.
“Dengan bekerja bersama pakar peneraju industri, kami telah dapat mengubah Google Earth menjadi teleskop maya,’’ katanya.
Pengumuman tersebut menyusul selepas kemasukan kumpulan lapisan NASA ke dalam Google Earth bulan lepas, memaparkan penjelajahan NASA Earth.
Kumpulan tersebut mempunyai tiga komponen, termasuk Astronaut Photography of Earth, Satellite Imagery, dan Earth City Lights.
Astronaut Photography of Earth memaparkan gambar Bumi seperti yang dilihat dari angkasa lepas dari awal tahun 1960-an, manakala Satellite Imagery menonjolkan imej Bumi yang dirakamkan oleh satelit NASA di sepanjang tahun dan Earth City Lights menjejaki bandar-bandar yang diterangi cahaya di sekitar glob.
Untuk mengakses ke Sky di Google Earth, pengguna mesti memuat turun versi terbaru Google Earth, yang boleh didapati di http://earth.google.com.
Ciri-ciri tersebut boleh didapati disemua domain Google Earth, dalam 13 bahasa. Untuk mempelajari lebih lanjut berkenaan Sky, layari demonstrasi di sini http://earth.google.com/skyskyedu atau lihat Sally Ride dan jurutera Google Greg Coombe memaparkan sebahagaian daripada keupayaan Sky di http://earth.google.com/sky.

KONGSI: Faridah mewujudkan blog amalan berpantang untuk pengetahuan bakal ibu dan bapa.
Pakar perubatan kendali laman web baiboo sedia jawab persoalan mengenai rawatan selepas bersalin
TUBUH langsing menawan sudah tentu menjadi idaman setiap wanita, namun impian itu sering kali sukar dicapai khususnya bagi golongan ibu yang baru melahirkan cahaya mata.
Hasrat memiliki tubuh langsing seperti zaman anak dara sukar direalisasikan kerana cara hidup moden kini menyebabkan ramai wanita baru bersalin enggan menjalani proses berpantang sehingga berat badan naik mendadak.
Hakikatnya, wanita selepas bersalin perlu menjalani perawatan tradisional seperti diamalkan zaman berzaman bagi mengekalkan kecantikan luaran dan dalaman walaupun banyak penjagaan perubatan moden ditawarkan, khususnya bagi golongan wanita bekerjaya.
Begitu pun, ada wanita yang ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai kaedah dan amalan berpantang Melayu, tetapi tidak tahu bagaimana caranya atau malu untuk berjumpa bidan dan pakar perubatan tradisional yang biasanya menawarkan perkhidmatan di kampung.
Menyedari hakikat itu, Pensyarah Jabatan Patologi Kimia di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Dr Faridah A Rashid mewujudkan blog Malay Confinement yang memberi penerangan khusus mengenai kaedah berpantang Melayu untuk ibu selepas bersalin.
Menerusi blog terbabit, golongan ibu tanpa mengira bangsa boleh mengemukakan sebarang pertanyaan kepada Dr Faridah yang sedia menjawab segala persoalan yang dibangkitkan berdasarkan pengalamannya mengkaji perubatan tradisional Melayu sejak 20 tahun lalu.
Melalui baiboo.com.my - blog yang dibangunkan syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur, BaiBoo Sdn Bhd itu dikhaskan untuk golongan suami isteri muda yang belum begitu mahir selok belok sebagai bapa dan ibu.
Dr Faridah, 48, anak kelahiran Melaka dan ibu kepada enam cahaya mata itu berkata, minatnya yang mendalam terhadap perubatan tradisional Melayu menarik minatnya untuk terbabit dalam blog berkenaan khususnya bagi membantu golongan ibu bapa yang merancang dan baru dikurniakan cahaya mata.
"Ramai yang masih keliru mengenai kaedah berpantang selepas bersalin yang diamalkan masyarakat Melayu. Menerusi blog ini, saya sedia menjawab pelbagai persoalan seperti urutan badan, bertungku, bertangas, pemakaian barut dan bengkung sehinggalah pengambilan jamu dan pemakanan," katanya.
Beliau yang bertugas di HUSM sejak 24 tahun lalu, berkata kaedah rawatan tradisional bagi wanita bersalin sebenarnya masih kuat diamalkan dalam masyarakat Melayu kini, walaupun ada yang menganggapnya sebagai kuno.
"Berdasarkan kajian saya, perubatan dan kaedah tradisional bagi perawatan selepas bersalin tidak melanggar serta bertentangan dengan amalan perubatan moden. Cuma, amalan tradisional tidak banyak disertakan dengan fakta tepat.
"Sebab itu, orang Melayu perlu mempunyai pengetahuan supaya sesuatu herba dan ubat-ubatan itu diambil mengikut keperluan atau had yang perlu kerana jika terlebih, mungkin akan mendatangkan mudarat kepada ibu mengandung atau yang baru melahirkan bayi," katanya.
Dr Faridah berkata, perkara yang selalunya diabaikan dalam amalan berpantang tradisional orang Melayu ialah bersenam yang sebenarnya menjadi faktor penting dalam menentukan kesihatan dan kerampingan seseorang wanita.
"Bersenam memang tiada dalam istilah perubatan Melayu, tetapi selalu saya tekankan kepada pelajar saya bahawa wanita selepas bersalin perlu bersenam kerana ia penting untuk menguatkan peranakan dan menstabilkan kedudukan rahim.
"Selain itu, ramai wanita melakukan amalan berpantang semata-mata mahu kelihatan ramping dan memiliki tubuh menawan sedangkan mereka tidak sedar bahawa amalan pantang dalam masyarakat Melayu juga penting untuk menghindari penyakit jantung yang akan berlaku jika berat badan berlebihan," katanya.
Mengenai pemakanan ketika mengandung, Dr Faridah berkata, ibu hamil boleh menikmati apa saja makanan asalkan diambil secara berpatutan dan mengikut amalan pemakanan seimbang untuk kekuatan dan pembentukan bayi yang sihat.
"Paling penting, wanita hamil jangan mengambil ubat selain yang dibenarkan oleh doktor kerana dengan mengambil ubat yang salah boleh mengakibatkan kerosakan pada DNA bayi, seterusnya menyebabkan kecacatan.
"Struktur kimia yang terdapat pada ubat tertentu boleh menjejaskan DNA yang mungkin menyebabkan pembesaran bayi ketika dalam kandungan terhalang atau mulut bayi menjadi sumbing dan lelangit terbelah.
"Selain itu, ibu yang terasa pening dan loya digalakkan mengambil limau kasturi dan jangan sekali-kali mengambil ubat yang mengandungi aspirin kerana akan menyebabkan percantuman jantung bayi menjadi tidak sempurna sehingga menyebabkan jantung berlubang," katanya.
Sebaliknya, beliau menggalakkan ibu hamil mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet seharian kerana terbukti kandungan dalam makanan terbabit mengandungi asid folik yang membantu pembinaan saraf tunjang.
"Bagi memastikan bayi yang dilahirkan sihat, perancangan dalam pemakanan perlu dilakukan sejak ketika merancang kehamilan. Herba Melayu seperti mas cotek mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk tubuh.
"Malah, orang Malaysia sangat beruntung kerana mempunyai musim buah-buahan yang sepatutnya digunakan oleh ibu mengandung untuk mendapatkan khasiat secara mudah melalui sumber yang terdapat pada buah seperti mangga,” katanya.
Ingin mendapatkan maklumat lanjut menganai amalan berpantang masyarakat melayu yang dikendalikan oleh Dr Faridah, kunjungi laman baiboo.com.my.
Oleh AZMAN IBRAHIM dan ALINAEMAH LAILY YUSOF
AHLI CUEPACS dan MTUC bergabung mengedarkan risalah sempena kempen ‘Boikot Kenaikan Harga Barang Keperluan’ di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 23 Sept. – Lebih tiga juta ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini memulakan kempen memboikot para peniaga yang menaikkan harga barang keperluan.
Melalui boikot itu, kedua-dua kesatuan sekerja itu mahu mengembalikan hak pengguna dalam menentukan harga barang serta menundukkan kuasa pembekal dan peniaga menjelang musim perayaan.
Ahli kedua-dua pertubuhan itu disarankan tidak ke pasar selama dua hari dalam seminggu bagi menyokong langkah tersebut.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, tindakan pengguna tidak pergi ke pasar selama dua hari seminggu itu akan memberi impak besar kepada peniaga dan pembekal barangan keperluan.
‘‘Kalau ahli-ahli CUEPACS seramai 1.5 juta orang dan ahli MTUC lebih dua juta orang berjaya memboikot barangan keperluan dan tidak ke pasar basah selama dua hari seminggu, ia sudah cukup untuk menekan pembekal dan peniaga,’’ katanya.
Omar berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai kempen Boikot Harga Barangan Keperluan di Plaza Tol Sungai Besi arah Seremban di sini. Turut hadir dalam program itu ialah Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud.
Menurut Omar, kuasa beli terletak pada tangan pengguna dan hanya pengguna mampu menyelesaikan masalah kenaikan harga yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Kempen simbolik yang disertai seramai 30 ahli MTUC dan CUEPACS itu berlangsung selama dua jam. Sebanyak 30,000 risalah mengenai kempen itu turut diedarkan kepada pengguna lebuh raya yang melalui plaza tol tersebut.
Risalah itu berbunyi:
“Harga barang-barang keperluan seperti beras, susu, garam, tepung, minyak masak, roti dan ayam semakin naik setiap hari.
“Sebelum meningkat ke tahap kritikal, kita harus memainkan peranan kita selaku pengguna.
“Marilah kita sama-sama memboikot barang keperluan dan mencari sumber alternatif.
“Sebagai pengguna dan warga pekerja, kita mempunyai hak untuk memainkan peranan kita demi membanteras kenaikan harga barangan dengan sewenang-wenangnya. Boikot!”
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai menyokong sepenuhnya kempen boikot berkenaan.
Mereka berpendapat kempen tersebut mampu membuka mata kerajaan terhadap bebanan ekoran kenaikan harga barang yang terpaksa ditanggung pengguna selama ini.
Seorang peniaga, Adzul Ismail, 25, berkata, kempen itu perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
‘‘Apabila harga barang naik, pengguna juga yang menjadi mangsa. Peniaga mahupun pembekal tidak menghadapi masalah seperti kami (pengguna) memandangkan mereka boleh meletakkan harga yang tinggi untuk barangan yang dijual.
‘‘Apa yang paling dikesali ialah banyak harga barangan naik ketika perayaan besar sambutan,’’ katanya.
Seorang guru, Lim Choy Kim, 53, turut menyokong kempen CUEPACS dan MTUC itu sebagai tanda bantahannya terhadap kenaikan harga barangan yang melampau.
‘‘Baru sahaja kenaikan gaji kakitangan awam diumumkan, harga barang sudah dinaikkan.
‘‘Setelah kenaikan gaji dilaksanakan, harga barangan naik lagi. Kenaikan harga ini terlalu cepat. Ia seolah-olah mahu membebankan pengguna,’’ katanya.
Seorang lagi pengguna, K. Subramaniam, 49, menyifatkan kempen itu sebagai satu amaran kepada peniaga yang menaikkan harga barangan supaya berhenti berbuat demikian kerana kuasa beli terletak pada tangan pengguna.
‘‘Pengguna juga mempunyai kuasa untuk tidak membeli barangan peniaga yang dijual pada harga mahal. Jika kita bersatu hati, saya pasti kesan akan dirasai oleh para peniaga sendiri,’’ jelasnya.
Seorang kakitangan awam, Shafiq Sulaiman, 25, berpendapat kempen itu tidak akan dapat pergi jauh kerana barangan yang diboikot kebanyakannya adalah barangan keperluan.
‘‘Kempen memboikot seperti ini ada baik dan buruknya.
‘‘Walaupun kita (pengguna) memboikot, harga barangan masih sama dan pengguna juga yang akan terbeban dengan krisis ini ekoran peniaga dan pembekal tidak mempedulikan kesannya kepada pengguna. Mereka hanya mementingkan keuntungan,’’ katanya.
TAKKAN Melayu Hilang di Dunia! Itu Janji Hang Tuah, kata-kata keramat yang melambangkan kedaulatan bangsa Melayu. Ungkapan itu juga menjadi pembuka kata yang dimuatkan pada bab satu Alam Melayu yang diluahkan menerusi buku Rupa & Gaya: Busana Melayu.
Buku itu adalah karangan tokoh budayawan negara, Sharifah Azah Mohamad Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz (gambar) dan dianggap sumber bahan bacaan yang sangat bernilai untuk ditatap dan dihayati. Namun, ungkapan Hang Tuah itu memberi makna mendalam kepada beliau yang turut dikenali sebagai Mak Ungku, dalam melahirkan rasa cinta terhadap bangsa, budaya dan bahasa Melayu yang sangat indah.
Berbicara mengenai budaya Melayu, perkara pertama yang ingin disentuhnya ialah mengenai penggunaan bahasa Melayu yang ditukar beberapa kali ke bahasa kebangsaan dan bahasa Malaysia atas alasan politik atau perpaduan kaum. Ada kala disebut bahasa kebangsaan dan ada juga bahasa ibunda serta pelbagai istilah untuk mengelak penggunaan istilah bahasa Melayu.
Keadaan itu seolah-olah kita kurang yakin dengan bahasa Melayu padahal ia bahasa asal dan perantaraan di seluruh nusantara, Kepulauan Melayu termasuk Singapura, Filipina, Brunei dan Indonesia. Kesemua penghuni di Kepulauan Melayu atau bahasa Inggerisnya ‘Malay Archipelago’ selama ini sememangnya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan.
Di Indonesia ada orang Bugis dan Jawa tetapi mereka tetap menggunakan bahasa Melayu sekiranya ingin berinteraksi dengan orang lain di kepulauan Melayu ini.
“Saya ingin tekankan orang Indonesia mengambil bahasa Melayu sedangkan pejuang Indonesia pada zaman dulu adalah daripada keturunan Jawa dari Pulau Jawa yang begitu kuat sekali memperjuangkan kemerdekaan.
“Bagaimanapun mereka tidak memilih bahasa Jawa. Ini kerana mereka tahu dan menginsafi bahawa bahasa Melayu difahami semua orang dan sekiranya mereka menggunakan bahasa Jawa, ia tidak difahami orang lain dan begitu juga Bugis dan Bali. Jadi mereka menggunakan bahasa Melayu kerana mereka sedar akan penggunaan bahasa Melayu yang difahami semua orang,” katanya.
Menurut Azah, bahasa Melayu turut digunakan di kalangan pedagang asing dari China, India, Asia Barat dan mereka perlu belajar bercakap dan berhubung dengan orang di rantau ini dengan bahasa Melayu.
Malah katanya, universiti di Barat seperti di Belanda dan England, ada pengajian ‘School of Oriental Study’ dengan mempunyai ‘Malay Studies’ yang mengkaji sedalam-dalamnya bahasa Melayu, hikayat Melayu dan yang bukan hikayat Malaysia di samping turut mengkaji tulisan jawi. Justeru, sekiranya nama bahasa Melayu kerap kali bertukar, ia pasti menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
“Saya ingin katakan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa pertuturan keempat paling ramai digunakan. Singapura turut menggunakan bahasa Melayu sehingga sekarang dan lagu kebangsaan mereka Majulah Singapura yang dicipta Pak Zubir Said, masih dalam bahasa Melayu dan tidak ubah ke dalam bahasa Cina atau Inggeris.
“Orang Melayu sentiasa bimbang, takut orang lain kecil hati dan marah. Apa yang harus dibimbangkan ... cakap terus terang kerana jika sesuatu itu dijelaskan dan dihuraikan dengan baik, orang itu akan faham.
“Saya berpegang kepada prinsip bahawa seseorang manusia itu akan lebih selesa dan yakin kalau mereka menggunakan bahasa ibunda mereka yang difahami secara betul,” katanya yang memahami hasrat kerajaan agar agar mengguna pakai perkataan bahasa Malaysia.
Mengulas perkembangan penggunaan bahasa Melayu di kalangan orang Melayu ketika ini, Azah berkata, orang Melayu sekarang bercakap dengan bahasa rojak, bahasa slanga, bercampur Melayu dan Inggeris.
“Saya tidak boleh menerima percakapan sebegitu dan rasa menyampah apabila mendengar orang bercakap bahasa bercampur aduk iaitu Melayu dan Inggeris,” katanya.
Beliau berkata, perkara itu turut ditekankan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang dianggapnya sebagai satu-satunya menteri yang mahu melihat bahasa Melayu dipelajari sehingga berani menyatakan seseorang yang ingin menjadi wakil rakyat perlu fasih berbahasa Melayu.
Mengenai perkembangan bahasa Melayu di kalangan bukan Melayu, Azah melihat ramai di kalangan mereka dapat bercakap dengan baik dan tersusun, contohnya seperti pengacara bukan Melayu yang mengacarakan rancangan berbahasa Melayu di televisyen.
Cara mereka mengendalikan sesuatu rancangan dalam bahasa Melayu adalah lebih baik berbanding orang Melayu yang suka bercakap dengan bahasa rojak dan baginya kalau seseorang itu mahu, mereka boleh lakukan.
Dalam memartabatkan bahasa Melayu, Azah boleh dianggap sebagai seorang yang mempunyai semangat nasionalis kuat dalam mempertahankan bahasa Melayu sehingga ada yang mengatakan beliau seorang fanatik bahasa Melayu.
“Kalau boleh saya mahu semua orang bercakap bahasa Melayu dengan baik dan tersusun, pada masa sama mereka perlu pandai bercakap bahasa Inggeris dengan baik serta cara sebutan yang betul dan bukannya pelat Melayu dan tidak mahu bercakap campur-aduk. Malah saya juga mahu budak-budak di kampung boleh bercakap bahasa Inggeris dengan baik,” katanya.
Mengenai baju dan tekstil pula, beliau mewarisi lebih 100 helai tekstil tradisi daripada arwah ibu, Azizah Jaafar dan himpunan itu adalah sesuatu yang amat berharga baginya. Kebanyakan himpunan tekstil itu beliau tumpangkan di Muzium Seni Asia Universiti Malaya kerana di sana ia lebih terjaga.
Beliau turut membukukan tekstil lama melalui buku Rupa & Gaya: Busana Melayu, yang dihasilkan sepanjang menjadi Karyawan Tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tingkat amalan dalam era digital
RAMADAN al-Mubarak bakal menjelang dan ia pasti dinantikan umat Islam seluruh dunia apatah lagi bulan mulia ini mengandungi pelbagai hikmah.
Perubahan zaman menyaksikan banyak kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh dimanfaatkan untuk tujuan beribadah.
Bermula dengan produk yang asas, secara sedar atau tidak kita sebenarnya amat bertuah kerana mampu menonton atau mendengar ceramah agama melalui VCD.
Kini, kita boleh membaca al-Quran melalu VCD atau DVD sama ada di rumah atau pejabat.
Sempena bulan puasa, antara cara mudah mendapat pahala dalam perjalanan ke pejabat ialah mendengar bacaan al-Quran dalam CD.
Kaedah pembelajaran al-Quran menjadi lebih interaktif apabila ada syarikat membangunkan CD bagi membolehkan pengguna mempelajari atau memahami ayat al-Quran melalui komputer peribadi.
Dengan perbelanjaan antara RM10 ke RM100, kita kemampu membeli CD, VCD atau DVD di kedai.
Bidang keagamaan turut tidak ketinggalan mengalami impak besar hasil kemajuan teknologi komputer ini.
Malah, kemajuan ini turut mempengaruhi masyarakat Islam melangkah lebih jauh bersama pemikiran yang lebih kreatif dan pintar tanpa meminggirkan agama.
Jika dulu, kaedah berkaitan agama hanya didapati masjid, surau atau buku agama, kini ia boleh di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat atau sempadan.
Banyak alternatif membantu meningkatkan mutu sehingga umat Islam mampu berdiri seiring dengan agama.
Masyarakat kini boleh membaca atau mendengar bacaan ayat al-Quran yang dipaparkan secara digital melalui Internet, menggunakan alat pemain MP3 atau telefon bimbit.
Banyak laman web menyediakan kemudahan itu dan ada yang boleh dipindah turun dalam bentuk fail format MP3 atau WMA.
Malah, ada laman web menyediakan perisian pelayar al-Quran yang hanya memerlukan anda menaip surah yang dikehendaki dan ia dipaparkan di skrin komputer.
Lebih menarik lagi, teknologi membenarkan kita mendengar atau membaca ayat al-Quran itu beserta terjemahannya.
Ia pasti memberi lebih kefahaman untuk santapan rohani, apatah lagi jika ada waktu terluang di pejabat atau rumah .
Al-Quran sebanyak 30 juzuk itu mampu didengari dan ditonton melalui http://www.quranexplorer.com/quran/ yang dilayari secara percuma.
Sempena Ramadan, gunakan kemudahan ICT untuk membaca al-Quran dan mempelajari hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Bukankah Allah sendiri berfirman dalam surah al-Alaq ayat pertama bermaksud “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).”
Penceramah terkemuka, Zaharuddin Abd Rahman mengakui kecanggihan teknologi kini memberi manfaat kepada umat Islam seluruh dunia.
Beliau yang turut memiliki laman webnya sendiri mengatakan Islam tidak menolak perubahan malah menggalakkan perkara baru untuk kebaikan manusia.
“Teknologi terkini mampu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memberi kemudahan kepada umat Islam agar dapat meningkatkan keimanan.
“Nak baca al-Quran melalui komputer, tiada masalah malah ia memudahkan lagi walaupun bukan dalam bentuk kertas,” katanya.
Beliau memberi contoh jika al-Quran terdapat dalam peranti seperti MP3 atau telefon bimbit, ia mampu dibawa ke mana saja dan boleh diperdengarkan dalam kereta, kereta api dan pejabat.
“Malah, ia menjadi lebih senang kerana kita tidak perlu risau untuk mengambil wuduk atau masuk ke tandas asalkan kita menutup dan tidak memperlihatkan ayat al-Quran itu,” katanya.
Al-Quran juga boleh didapati dalam konsol permainan Sony Playstation PSP dan perisiannya dibangunkan pelajar Universiti Multimedia empat bulan lalu.
Ia dicipta pelajar tahun akhir Fakulti Multimedia Kreatif, Ikhwan Nazri Mohd Asran yang mendapat liputan meluas media asing.
Program al-Quran digital ciptaannya khusus untuk pengguna PSP dan orang ramai boleh melayari laman webnya iaitu www.raise.flavert.com.
“Perisian itu dibangunkan menggunakan aplikasi pelayar Internet sedia ada selain plug-in Adobe Flash Player yang diaktifkan dengan perisian pengguna versi 2.80 ke atas,” katanya.
Katanya, pengguna boleh memindah turun perisian itu ke komputer masing-masing sebelum memindahkan ke PSP mudah alih.
Ikhwan berkata, kejayaannya mencipta perisian al-Quran digital versi PSP dilihat menghidupkan amalan membaca kitab suci itu dalam kehidupan seharian khususnya kalangan remaja.
SETIAP orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang akan menyempurnakan ibadah tersebut. Di antara peraturan yang terpenting ialah:
* Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya.
* Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syarak dan perkara yang sia-sia.
* Mengawal perutnya daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau mengandungi unsur syubhat, terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya upaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa, maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.
* Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna.
Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak dan binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Nabi s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga! (riwayat An-Nasai)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang puasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Puasa itu adalah ‘perisai’, Sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya, maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: ‘Saya sedang berpuasa.” (riwayat Bukhari dan Muslim)
* Janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami keperitan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya akan terkawal, keinginan nafsunya akan berkurangan, hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.
* Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makan adalah sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.
Penggembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan, memberikan kesan positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut, terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain, sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika munajat dan berzikir kepada-Nya.
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu pada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Takungan jelik yang dipenuhkan oleh manusia adalah perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan, maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” (Riwayat Ahmad dan Tirmizi).
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang, anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu), tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus, bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.
* Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan ini, bahkan mengambil kesempatan yang ada untuk beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya.
Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadan yang mulia ini, sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.
* Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.
Sabdanya: “Umatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur.” (riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim).
* Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda s.a.w.: “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa, tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa).” (riwayat Baihaqi dan ibnu Khuzaimah).
* Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat tarawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat tarawihnya seperti mana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat tarawih mereka kerana meninggalkan rukun solat tersebut seperti, meninggalkan tumakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin cepat dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya.
Amalan tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti pada waktu-waktu lain, menyempurnakan qiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya dalam mengerjakan solat tarawih itu sehinggalah selesai sama ada sebanyak 20 rakaat atau pun 8 rakaat. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiam semalaman. (An-Nasai).
- NAZMI AIDARUS ialah pegawai di Jabatan Mufti Negeri Terengganu.
Bahan kimia bisfenol A didakwa boleh sebabkan kecatatan janin, bayi
WASHINGTON: Sekumpulan pakar Amerika syarikat mendakwa sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan produk plastik termasuk botol susu mungkin memberi kesan terhadap janin dan kanak-kanak.
Mesyuarat panel pakar anjur Pusat Program Toksikologi Nasional bagi Penilaian Risiko terhadap Reproduksi Manusia (NTP) Amerika yang diadakan baru-baru ini menyuarakan kebimbangan terhadap kesan penggunaan bahan kimia bisfenol A, yang banyak digunakan dalam botol plastik polikarbonat telus.
Panel berkenaan yang akan mengeluarkan laporannya lewat tahun ini, membangkitkan kebimbangan berhubung kesan pendedahan kepada bisfenol A mungkin menyebabkan kecacatan pada janin serta bayi.
Malah bagi wanita hamil yang menggunakan botol minuman plastik mengandungi bahan kimia itu juga berisiko menyebabkan janinnya mengalami masalah pada saraf dan sikapnya.
